BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

Dugaan untuk menjadi Ibu

Pada mula seperti sukar nak percaya semua yang telah ku lalui selama ini... Seperti baru semalam ku menjalani alam rumah tangga kini bakal melalui alam satu lagi... Kegembiraan yang sukar untuk digambarkan bagi aku & suami.. Saat doktor mengucapkan Tahniah kerana akan datang orang baru dalam hidup kami.. Waktu tu tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku & hubby... 
Namun alam yang baru ni bukan mudah untuk aku hadapi... Teruk dengan morningsickness nye.. Ditambah pula dengan dugaan hidup... Terasa seperti aku xberdaya untuk hadapi semua ini... Paling terbaru aku dituduh menjadi punca perubahan seseorang.. Apakan daya, seperti mahu menjerit semahunya tatkala dituduh begitu... Niat suciku pada mula nya di salah erti kan... Apa kah dia tidak mempunyai perasaan tatkala berkata begitu... Apakah dia tidak faham dengan keadaan aku yang berbadan dua ini... Perit benar rasanya telinga mendengar, seperti petir yang menusuk ke telinga bila diperkata begitu... Aku bukan begitu kejam... Kadang2 aku ter fikir,sampai bila agaknya aku mampu bertahan dengan semua ini... Namun saat aku terpandang muka hubby, hati ku jadi sejuk... Oh tuhan hanya dia yang mampu mengubati luka dihati ini... 

Monday, June 20, 2011

KENAPA WANITA MENANGIS


Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.
1. Punca wanita menangis.
·         Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-   dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
·         Mengurangkan stress.
·         Tanda keinsafan/penyesalan.
·         Sebagai ugutan emosi.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
§                       Dapat perhatian
§                       Suasana rumah tangga tergugat.
§                       Lelaki jadi bingung.
§                       Orang lain dapat mesej.
§                       Mata bersih dan sihat.

The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang.
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.



p/s : Antara sebab saya suka ber blogger,adalah untuk meluahkan apa yag terpendam di hati... saya lebih suka menulis bila sedang bersedih.. kerana kadang2 saya rasa dengan menulis itu lebih baik dari meluahkan pada org yg salah... 

Wednesday, June 8, 2011

DINAS

Dinas


Hurmmm hari ni terasa rajin lak nak mengupdate blog aku... Sebenarnya sebab utama aku rajin nak update blog aku ni sebab aku nak hilang kan rindu ku pd ini bdak... DINAS...
Pertemuan kami bermula di sebuah Majlis, hubby aku ade catering masa tu, iaitu ari ahad lepas. Aku ikut hubby... Then bila sampai sana, aku cam xde keje sangat je nak buat... dengan cuaca hujan lak pagi tu aku terasa nak ke toilet, so aku pon minta izin tuan rumah tempat we all parking kan barang2 catering tu...
Sesudah ke toilet, aku duduk melangok depan hubby aku sambil tengok dier potong buah tembikai... Tiba-tiba tuan rumah keluar dukung seorang budak perempuan yang comel ni... Itu lah Dinas... Mula-mula dier cam malu-malu je tengok aku gan hubby...Then papa dier turun kan dier.. Dier pon datang kat kitaorang, tengok je hubby aku potong tembikai tu... Aku pon starting pelawa dier...
M    : Awak nak ke.....??
D     : ( angguk kepala je tanda nak )
M    : Nama awak sape..??
D     : Inas ( slow je dier cakap )
M    : Awak dah sekolah....??
D     : Belom ( still slow )


Sambil makan buah tembikai yg hubby potong, mata dier melingas memandang rumah dier yg dah jd cam dapur kitaorg kejekan... Lepas aku soal dier, dier lak nak menemu ramah aku...
D    : Nama kakak sape...??
M   : Urmmmmm nama akk fiemie..
D    : Spe..?? Imie...
M   : fiemie la sayang.... fifi & mimi... ( cam la budak tu paham kan... hihihi )


lepas makan buah tembikai, hubby pon tanye aku nak makan x...?? Org dah nak bagi rezeki, cepat2 lah cakap nak kan... Aku tanye Dinas nak makan x...??? dier angguk cakap nak... Hubby pon amik kan kitaorg nasi... Aku makan nasi satu pinggan kongsi gan budak kecik ni... seronok sangat... Air pon we all kongsi...
Lepas tu dier main enfon aku... dier amik gambo..tah pape je gambo yg dier amik...Pas tu dier main game lak... sampai tibggal 1 bar je battery fon aku dier kejekan... haduuii... pas tu aku duduk kan dier sendri kat kerusi... tiba-tiba dier bangon, Dinas nak duduk dengan kakak dier cakap sambil erus melompat atas riba aku... haduii manja betul budak kecik ni tau.. Kemana aku pergi dier asyik membontoti je... Sambil duduk2 berdua..tiba dier tanye soalan yg xdapek den nak jawab heh... Hadoyaiii...
D   : kakak, kenapa gigi kakak depan tu besar.....( sambil tunjuk kat gigi aku)
M  : (kelu den xdapek nak menjawab heh)


Adoyaiii letih la budak ni... banyak2 soalan, np la soalan tu yg awak tanye kat akk... malu la akk...huhuhuhu...
Mama dier keluar, panggil dier ajak makan kat umah jiran dier tu... dier geleng kepala sambil cakap dinas dah kenyang makan gan kakak la mama...


Lepas tu dier cakap gan aku kakak jap eah dinas nak masuk dalam... ku ingatkan dier wat ape...upenyer dier pg tuko baju dier... Dengan xsempat nak butang baju lg dier dah kuar lari kat aku, suruh aku butang kan baju dier... Ptg tu aku nak makan nasi lagi.. dier xbagi dier cakap nanti kakak gemuk dah xshumell... hihihihi... aku amik gak nasi nak makan.. tiba2 dier lompat atas riba aku lagi.. Nak makan dn kakak jugak boleh.... Ku pon angkat dier atas riba aku, we all makan sama2 lagi berdua...


Kenangan yang sukar nak dilupakan... Aku sendiri binggung kenapa aku rasa sedemikian... Malam tu aku balik kluang,tiba2 hubby senyap, aku tanye np senyap je... dier padang aku, dier cakap dier rindu kat Dinas...
Malam tu pulak aku tido mimpikan dier... Bila tengok pic2 yg aku amik masa dengan dier, aku jadi sedey... Air mata xdapat dibendung... Sejak pertemuan tu, dah 3X aku nangis teringat kan dier.. setiap malam aku mimpikan dier... I miss hers so much... Aku nekad gan hubby nak pergi rumah dier lagi jumpa dier...Pasti..!!




                                                               















Dinas sentiasa dalam ingatan kami........

Sunday, April 24, 2011

Hari Bahagia Ku

Selamat pagi cinta... huhuhu..Walaupon agak lambat, tapi aku masih ingin kongsikan kisah hari bahagia ku... Seperti berada di alam mimpi tatkala melihat pak imam mengoncang tangan tunang ku pada pagi AHAD, 13 MAC 2011 bersamaan 8 RABIULAKHIR 1432 HIJRAH. Sekelip mata status aku telah berubah. Sekali lafaz aku telah menjadi isteri kepada Mohd Hafifi Bin Mohd Ariffin. Aku bersyukur. Ramai sedara- mara ku yang ikut untuk melihat hari pernikahan ku.. Sedara- mara ku sebelah ayah juga turut hadir menyaksikan hari bahagia ku.. Aku terharu... Setelah selesai majlis akad nikah, kami pulang kerumah untuk jamuan makan.. Aku pula bersiap- siap untuk majlis Persandingan aku pula. Agak sedikit kecewa kerana sedang aku siap2 ada sedikit insiden berlaku... Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana ia tidak mencederakan aku & suamiku.. Benda dah berlalu, namun yang paling penting aku bersyukur kerana majlis ku berjalan lancar seperti yang diaturkan... Cuma agak kecewa & terkilan kerana tidak banyak gambar keluarga di sebelah ku..hurmm..
Majlis sebelah lelaki pula berlangsung pada hari SABTU,19 MAC 2011 bersamaan 14 RABIULAKHIR 1432 HIJRAH..Kini usia perkahwinan ku telah genap sebulan dua belas hari.. Walau pon masih muda usia perkahwinan kami,namun aku akan pastikan ikatan yang telah kami jalinkan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat kami berdua..amin.. 

Sedikit gambar bahagia kami buat tatapan semua :







Saturday, January 22, 2011

MENGHITUNG HARI

Hurmmm... semakin dekat hari itu tiba,semakin kuat debaran di hati ini terasa... kadang2 buat aku tension sangat memikirkan persiapan yang lom siap2 lagi ni... poning palo den ni... semakin dekat hari bahagia ni,semakin berseri hubungan aku gan si dia... kami ini boleh dikategorikan pasangan yang wajib nikah cepat...sebab per aku gan dier ni dah macam belangkas...xbo;eh dipisahkan walaupon sekejap... bila berjauhan seminggu jer mula la resah masing2... Aku lak bis la org kat umah ni yang kene maki hamun... ishhh3... xpatut2... Kami makin rindu dan makin serasi bersama... Kalau dulu masa mula2 xjumpa sebulan pon okey lagi...tapi sekarang... kalau boleh hari2 nak jumpa... Alhamdulillah aku dengan si dia semakin memahami dan saling bertolak - ansur dalam hubungan kami... Aku sangat bahagia bila berada di sisi dia... Tiada rahsia yang dapat aku selindungkan dari dier lagi... begitu juga dengan dier... Walau pon banyak anggapan negatif yang dilemparkan pada kami..tp kami cuba tepis sume tu... maklumla zaman sekarang ni... ramai remaja yang masih belum puas enjoy... tapi bagi aku,kahwin muda ni xsalah..malah diharuskan,untuk mengelakkan perkara2 buruk yang berlaku... okey la sampai disini dahulu coretan kali ini... byyee...