BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 8, 2011

Dugaan untuk menjadi Ibu

Pada mula seperti sukar nak percaya semua yang telah ku lalui selama ini... Seperti baru semalam ku menjalani alam rumah tangga kini bakal melalui alam satu lagi... Kegembiraan yang sukar untuk digambarkan bagi aku & suami.. Saat doktor mengucapkan Tahniah kerana akan datang orang baru dalam hidup kami.. Waktu tu tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku & hubby... 
Namun alam yang baru ni bukan mudah untuk aku hadapi... Teruk dengan morningsickness nye.. Ditambah pula dengan dugaan hidup... Terasa seperti aku xberdaya untuk hadapi semua ini... Paling terbaru aku dituduh menjadi punca perubahan seseorang.. Apakan daya, seperti mahu menjerit semahunya tatkala dituduh begitu... Niat suciku pada mula nya di salah erti kan... Apa kah dia tidak mempunyai perasaan tatkala berkata begitu... Apakah dia tidak faham dengan keadaan aku yang berbadan dua ini... Perit benar rasanya telinga mendengar, seperti petir yang menusuk ke telinga bila diperkata begitu... Aku bukan begitu kejam... Kadang2 aku ter fikir,sampai bila agaknya aku mampu bertahan dengan semua ini... Namun saat aku terpandang muka hubby, hati ku jadi sejuk... Oh tuhan hanya dia yang mampu mengubati luka dihati ini...