BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 24, 2011

Hari Bahagia Ku

Selamat pagi cinta... huhuhu..Walaupon agak lambat, tapi aku masih ingin kongsikan kisah hari bahagia ku... Seperti berada di alam mimpi tatkala melihat pak imam mengoncang tangan tunang ku pada pagi AHAD, 13 MAC 2011 bersamaan 8 RABIULAKHIR 1432 HIJRAH. Sekelip mata status aku telah berubah. Sekali lafaz aku telah menjadi isteri kepada Mohd Hafifi Bin Mohd Ariffin. Aku bersyukur. Ramai sedara- mara ku yang ikut untuk melihat hari pernikahan ku.. Sedara- mara ku sebelah ayah juga turut hadir menyaksikan hari bahagia ku.. Aku terharu... Setelah selesai majlis akad nikah, kami pulang kerumah untuk jamuan makan.. Aku pula bersiap- siap untuk majlis Persandingan aku pula. Agak sedikit kecewa kerana sedang aku siap2 ada sedikit insiden berlaku... Walau bagaimanapun aku bersyukur kerana ia tidak mencederakan aku & suamiku.. Benda dah berlalu, namun yang paling penting aku bersyukur kerana majlis ku berjalan lancar seperti yang diaturkan... Cuma agak kecewa & terkilan kerana tidak banyak gambar keluarga di sebelah ku..hurmm..
Majlis sebelah lelaki pula berlangsung pada hari SABTU,19 MAC 2011 bersamaan 14 RABIULAKHIR 1432 HIJRAH..Kini usia perkahwinan ku telah genap sebulan dua belas hari.. Walau pon masih muda usia perkahwinan kami,namun aku akan pastikan ikatan yang telah kami jalinkan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat kami berdua..amin.. 

Sedikit gambar bahagia kami buat tatapan semua :